Kata hubung gabungan
Contoh ayat:
· Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
· Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
· Dia mengelak, lantas menikam.
Kata hubung pancangan
a) Kata hubung pancangan relatif
Contoh ayat:
· Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
· Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
· Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
b) Kata hubung pancangan komplemen
Contoh ayat:
· Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
· Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
· Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
c) Kata hubung pancangan keterangan
Contoh ayat:
· Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
· Saya berkawan dengannya semenjak kecil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan