Isnin, 26 November 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA


NAMA: KHAIRNIELISA @ KHAIRUNISA BINTI LIAM
NO MATRIK: PPG/BM/06/00841/2012/2/KIC

OBJEKTIF

Blog ini adalah satu usaha untuk memudahkan Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid agar dapat memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan Kata Hubung dengan lebih terperinci.

Selain itu, dengan adanya blog ini, diharapkan murid-murid akan dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan cara mengulangkaji pelajaran dirumah melalui blog yang disediakan.

Murid-murid juga diharap dapat membuat latihan yang telah disediakan dan boleh berinteraksi dengan cikgu melalui pertanyaan yang boleh diajukan melalui blog ataupun berjumpa sendiri semasa di sekolah.

~Selamat Maju Jaya~
                                                                       Cikgu Khai

MAKSUD KATA HUBUNG

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk:
a) Menggabungkan perkataan dengan perkataan.
b) Rangkai kata dengan rangkai kata.
c) Ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan.
(c)    kata hubung berpasangan.

Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
·         Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
·         Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
·         Dia mengelak, lantas menikam.

Kata hubung pancangan

a) Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
·         Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
·         Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
·         Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

b) Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
·         Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
·         Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
·         Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

c) Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
·         Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
·         Saya berkawan dengannya semenjak kecil
 

Ahad, 25 November 2012

KATA HUBUNG BERPASANGAN

Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh-Contoh Ayat:

Contoh
Ayat Contoh

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.

Baik- baik

Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.

bukan sahaja malah

Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

entah    entah

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

Jangan – pun

Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.

Kian – kian

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada – ataupun

Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.

sedangkan...inikan pula

Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.

semakin...semakin

Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi

Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun

Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

SUMBER RUJUKAN

SUMBER-SUMBER RUJUKAN